Search This Blog

07 April, 2011

Planetarium Negara - 26 Mac 2011

Salam 1 Malaysia,
Hari ini baru berkesempatan untuk updatekan blog ini untuk tatapan dan maklumat ibu-ibu dan anak-anak PERSIAP. Program yang berlangsung 2 minggu lepas telah mendapat sambutan yang amat menggalakan sehingga terpaksa hadkan jumlah penyertaan disebabkan masalah tidak cukup kenderaan dan jemputan hanyalah seramai 40 orang. Itupun terpaksa menggunakan kenderaan tambahan juga.
Apa-apa pun, anak-anak yang menyertai program pada hari tersebut begitu gembira dengan lawatan tersebut dan masing-masing dapat bawa balik cenderahati dari pihak Planetarium.
Di kesempatan ini pihak PERSIAP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Roslina (wakil PERSIAP yang bertugas di Planetarium) kerana sudi menjemput kita setiap tahun.
Terima Kasih 

Di dalam Auditorium Theathre
Penceramah berkaitan 'How Sun Affect Earth'